Sinopsis 7 Hari Mencintaiku (musim 2)

Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia setelah berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya.

Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana. Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali). Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya.

Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain.

Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Namun, Khuzairi tak mampu menggapainya lagi. Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia merenung suaminya buat terakhir kali.

Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati Khuzairi bersama deraian air mata.

Rujukan

WikiPedia: 7 Hari Mencintaiku (musim 2) https://www.hotfm.audio/7-hari-mencintaiku-musim-k... https://himpunanceritalawak.com/2020/07/03/baru-ep... https://www.myinfotaip.com/2020/01/7-hari-mencinta... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/08/612589/7-har... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/08/612838/12-ju... https://www.hotfm.com.my/montaj-drama-7-hari-menci... https://www.lunaria.com.my/drama-7-hari-mencintaik... https://www.xtra.com.my/hiburan/tak-sabar-nak-teng...